Biodata Persaraan Puan Hajah Siti Minah Abdullah
Raut
wajah penuh ketenangan,
Tidak
terkalam kasih dijunjung,
Jasamu
puan tetap dikenang,
Budimu
pula tetap disanjung
Menjunjung kasih buat yang diraikan, izinkan saya
membaca sedikit biodata diri.
Tanggal 25hb Januari 1957, merupakan detik kelahiran
beliau, bertempat di Kampung Kubang Palas, Telemong. Beliau merupakan cahaya
mata keempat daripada lapan orang puteri , bagi tambatan hati pasangan bahagia
Encik Abdullah b. Mat Zain dan Puan Ngah bt. Mohammad.
Menjangkau seusia tiga tahun, saat baru merasai kasih
ibu , saat dambakan belaian manja siibu,
bonda tersayang, bonda tercinta pergi buat selamanya menyahut seruan
ilahi.. Setelah permergian bonda, neneklah tempat beliau menumpang kasih untuk bermanja.
Sebagai anak petani kehidupannya agak sukar dan memerlukan ketabahan yang jitu.Seusia
enam tahun hadirlah wanita yang dipanggil “emak” . Kehadiranya amat disyukuri ,
menutupi ruang kosang dihati nan kecil…
Mendapat pendidikan awal pada tahun1964 hingga 1968 di Sekolah Kebanggsaan
Telemong, bermula Darjah Satu hingga Darjah Empat. Berpindah ke Sekolah Pasir Akar Besut ketika Darjah Lima pada tahun 1969 hingga
1970. Perpindahan ini kerana menemani kakaknya yang baru memulakan tugas sebagai jururawat desa.
Semenjak itu beliau terus tinggal bersama kakaknya sehingga berumahtangga.
Meneruskan pendidikan
di Sekolah Menengah Padang Midin pada tahun 1971 hingga 1976.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…
Sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan beliau terus
mendapat tawaran meneruskan pelajaran dibidang perguruan di Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka dalam jurusan Ekonomi Rumah Tangga pada tahun 1977
hingga 1979. Profesion beliau sebagai guru bermula pada tahun 1980. Sebaik sahaja tamat tempoh pengajian, beliau di
tempatkan di SMK Pengkalan Berangan bermula 1980 hingga 1983.
Di sinilah bermulanya titik pertemuan ikatan hati dengan
sijejaka, Encik Mohd b. Ibrahim. Tanggal 20 Julai 1979, termeterailah ikatan
hati pasangan sejoli ini. Mengecapi bahagia, hasil pengkongsian hidup beliau
dikurniakan 10 orang cahaya mata, iaitu lapan orang putera dan dua orang puteri.
Didikan dan amalan untuk meraih kecemerlangan di sekolah , dipraktikkan semasa
mendidik anak-anaknya. Alhamdulillah,
benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
Kemudian berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Marang, yang kini dikenali sebagai Sekolah Menegah Lela Segara pada tahun 1982
hingga 1994. Menunaikan rukun Islam ke lima bersama suami tercinta pada tahun
1988. Mula menyandang jawatan penyelia
petang di Sekolah Seberang Marang pada
tahun 1994 sehingga 2004. Keterampilan beliau telah membawa kepada
penganugerahan Sijil Khidmat Cemerlang pada tahun 2000. Setelah 10 tahun
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, beliau ditukarkan ke Sekolah
Kebangsaan Rusila pada 2004 dengan jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Mula
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid pada 2011.
Sepanjang perkhidmatannya
beliau merupakan seorang yang ramah, berdidikasi, sopan santun dan lemah –
lembut. Namun dalam kelembutan ada ketegasan ketika menangani kerenah anak
didiknya.Gaya penampilannya yang sederhana tetapi menarik sering menjadi idola
rakan sejawatan dan anak didiknya.
Setelah 34 tahun
mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini tamatlah sebuah perjalanan
yang panjang dalam dunia pendidikan.
Selamat tinggal
suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku.
Selamat tinggal anak-anak didik semua
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku.
Selamat tinggal anak-anak didik semua
Jadilah anak bangsa
yang berguna
Agar ilmu yang diberi
bukan sia-sia
Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau
tinggalkan. Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Benar
kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang
pergi.
Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia
dalam menjalani kehidupan baru selepas ini iaitu alam persaraan beliau.
Melati kuntum tumbuh
melata,
Sayang merbah dipohon cemara,
Akhir kalam penyudah kata,
Moga bahagia di alam pesara.
InsyaAllah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment