Tuesday, March 5, 2013

Biodata Tokoh Murid Lelaki 2011



Ketika fajar mula menyingsing pada tanggal  4hb. Januari 1999, melakar satu lagi sejarah buat pasangan bahagia, Encik  Azani b Che Embong dan  Puan  Asma binti Awang atas kelahiran anak kedua, seorang lagi  putera.
Kehadiran putera kedua ini, disambut dengan senyuman penuh kegembiraan. Putera daripada 5orang adik beradik ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian.Benarlah kata punjangga ,  “benih yang baik jatuh ke laut menjadi sebuah pulau, jatuh ke tanah menjadi pohon nan  rendang” .Kejayaan akademiknya sentiasa konsisten sejak awal persekolahannya bermula dari Tahun 1.Menyimpan impian yang besar bila dewasa nanti iaitu ingin menjadi seorang jurutera.
Beliau merupakan seorang yang pendiam. Namun kata orang diam-diam ubi, lama-lama berisi. Waktu lapangnya diisi dengan bermain catur.Minat ini dikongsi bersama dengan abangnya yang turut sama mengharumkan nama sekolah dalam permainan catur suatu ketika dahulu.Permainan yang asalnya sebagai hobi telah membawa dirinya melakar kejayaan demi kejayaan bermula tahun 3 hingga kini.Kejayaan tertinggi pernah diungguli hingga peringkat Kebangsaan.Sehingga beliau di nobatkan sebagai sebagai Murid Harapan Ko-Kurikulum 2010 dan Tokoh Ko kurikulum 2011.
Mempunyai daya kepimpinan yang istimewa selain menjadi pengawas sekolah juga dilantik menjadi pengerusi Kelab Catur.Seorang yang bertangungjawab dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Kini terlerai sudah biodata diri,
Serlah kehebatan persada akademik;         
Anugerah cemerlang motivasi diri,
Demi masa depan penuh dinamik.

Maka dengan ini dinobatkan putera kepada pasangan Encik  Azani b Che Embong dan  Puan  Asma binti Awang iaitu Muhammad Alif bin Azani sebagai Tokoh Murid Cemerlang  tahun 2011.Tahniah kami ucapkan

Biodata Tokoh Murid Perempuan 2011




Tanggal 28hb. September 1999, maka lahirlah puteri kebanggaan bapa, puteri dambaan bonda di Hospital Besar Kuala Terengganu. Puteri tersebut merupakan puteri sulung cahaya mata kedua, tambatan hati  pasangan sejoli Encik Imran bin Ghani dan Puan Laila Saripah binti Ismail.
Kehadiran puteri ini ibarat satu anugerah ilahi yang tiada tolak bandingnya. Saban waktu anak kecil ini diasuh dan didik dengan sempurna bagai menantang minyak yang penuh.
Cantik sungguh cincin suasa,
Dipakai oleh Pahlawan perkasa;
Bersopan santun berbudi bahasa,
Hiasan diri sepanjang masa.
Tatkala menjejakkan kaki ke alam persekolahan, puteri ini telah memperlihatkan pelbagai kebolehan dan keistimewaan.Ketinggian kecerdasan yang dimilikinya sukar digugat olah rakan sealiran.Pantang disoal, pasti jawapanya tepat. Setiap sesuatu kejadian ada kemusykilan beliau suka ringan mulut sering kepada guru-gurunya.
Waktu luangnya diisi dengan melayari internet sejajar dengan perkembangan era globalisasi .Selain itu beliau juga gemar membaca.Tidak hairanlah beliau telah di anugerahkan sebagai Tokoh Nilam peringkat sekolah kategori Nilam selama dua tahun berturut-turut.Selain itu beliau juga telah dianugerahkan sebagai Murid harapan , sempena Anugerah Cemerlang Murid tahun 2010. Telah tertanam dalam jiwanya dengan cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang saintis yang berjaya. Sehingga 5A sentiasa dalam gengamannya.
Daya kepimpinanya terserlah apabila jawatan penting telah diamanahkan kepadanya. Sejak di Tahun 3 beliau telah terpilih sebagai Pengawas Sekolah. Selain itu jawatan Setiausaha Kelab Matematik Dan Sains,Pengerusi Kelab Badminton dan Naib pengerusi Tunas Kedet Remaja terpikul dibahunya
Puteri ini bukan sahaja mementingkan pencapaian akademik.Malah turut aktif dalam pelbagai lapangan yang lain.Ternyata kebijaksanaan, ketangkasan dan kecekalan dalam menongkah arus cabaran menjadi kunci setiap kejayaan.Beliau juga menyertai Smart English Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan, choral Speaking, Public speaking peringkat zon dan pertandingan bercerita.
Beliau juga terlibat aktif dalam bidang sukan .Pernah menyertai pemilihan Atlit berbakat Tenpin Boling fasa MSSM peringkat Kebangsaan.Mendapat tempat ke 3 dalam kejohanan Tenpin Boling peringkat daerah.Selain itu turut sama menyertai pertandingan catur dan bola jaring .Kejayaan terkini yang disertai ialah Program Merekayasa Unit Bimbingan dan Kauseling mendapat tempat kedua peringkat daerah dan seterusnya mewakili daerah di peringkat negeri.
Berlandaskan kegigihan dan kecemerlangan  yang telah ditonjolkan olehnya, maka pihak Sekolah  Kebangsaan Bukit Gasing dengan bangganya menganugerahkan Adik Nur Aqilah binti Imran sebagai Murid Cemerlang kategori perempuan  bagi sesi persekolahan 2011.