Ketika
fajar mula menyingsing pada tanggal 4hb.
Januari 1999, melakar satu lagi sejarah buat pasangan bahagia, Encik Azani b Che Embong dan Puan
Asma binti Awang atas kelahiran anak kedua, seorang lagi putera.
Kehadiran
putera kedua ini, disambut dengan senyuman penuh kegembiraan. Putera daripada 5orang
adik beradik ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian.Benarlah
kata punjangga , “benih yang baik jatuh
ke laut menjadi sebuah pulau, jatuh ke tanah menjadi pohon nan rendang” .Kejayaan akademiknya sentiasa
konsisten sejak awal persekolahannya bermula dari Tahun 1.Menyimpan impian yang
besar bila dewasa nanti iaitu ingin menjadi seorang jurutera.
Beliau
merupakan seorang yang pendiam. Namun kata orang diam-diam ubi, lama-lama berisi.
Waktu lapangnya diisi dengan bermain catur.Minat ini dikongsi bersama dengan
abangnya yang turut sama mengharumkan nama sekolah dalam permainan catur suatu
ketika dahulu.Permainan yang asalnya sebagai hobi telah membawa dirinya melakar
kejayaan demi kejayaan bermula tahun 3 hingga kini.Kejayaan tertinggi pernah
diungguli hingga peringkat Kebangsaan.Sehingga beliau di nobatkan sebagai
sebagai Murid Harapan Ko-Kurikulum 2010 dan Tokoh Ko kurikulum 2011.
Mempunyai
daya kepimpinan yang istimewa selain menjadi pengawas sekolah juga dilantik
menjadi pengerusi Kelab Catur.Seorang yang bertangungjawab dan sentiasa
mematuhi peraturan sekolah.
Kini
terlerai sudah biodata diri,
Serlah kehebatan persada akademik;
Anugerah
cemerlang motivasi diri,
Demi
masa depan penuh dinamik.
No comments:
Post a Comment